Majlis Kuliah Maghrib

(Tarikh) Sunday, August 1, 2010 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
Assalamualikum Syukur Alhamdulilah berakhirnya satu aktiviti yang dirancangkan dalam takwim AABK iaitu Kuliah Maghrib Anjuran AABK.Walaupun tampa Pengerusi Masjid Al-Rahmah iaitu Tn.Haji Isa yang mempunyai hal yang tidak dapat dielakan, Majlis berjalan lancar dengan sambutan yang amat menggalakan.saya sebagai setaiausha dan para AJK AABK amat berbangga dan menganggap majlis ini amat-amat berjaya walau pertama kali menganjurkanya.Ada sebahagian penduduk-penduduk kampung meminta kami pengurusan AABK sekali lagi menjemput Al fadhil Ustaz Shaari Osman dalam tazkirah di bulan ramadhan yang akan datang. Begitulah respon Positif yang kami terima sehingga kini.Setakat ini sahaja coretan saya Su AABK untuk mengambarkan aktiviti pada hari ini. Insyaalah saya akan memaparkan gambar-gambar dan sebahagian video kuliah ini untuk tatapan anda semua insyaalah. Assalamualikum