Gotong-Royong

(Tarikh) Sunday, August 1, 2010 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
Ahad-31 julai 2010 Ahli Persatuan Anak-Anak Bendang Kering sekali lagi telah membuat kerja-keja amal untuk penduduk Kampung Bendang Kering iaitu gotong royong membersihkan lorong-lorong kampung walaupun pada hakikatnya di dalam mesyuarat yang lalu kami pihak pengurusan AABK hanya merancang untuk membersihkan jalan-jalan masuk Kampung yang tercinta ini.Syukur kepada ilahi semuanya berjalan lancar walaupun pada sebelum program ini berlangsung pihak pengurusan masjid yang dipimpin Tn.Haji Isa bin Kulop Othaman memberitahu kepada kami mereka juga mengadakan gotong royong di kawasan masjid pada hari ini namun dukacita pada hari ini hanya Abg Mat Deri dan Abg Enit sahaja yang muncul. Kami sebahahagian yang hadir dalam progran ini tetap meneruskan gotong royong seperti yang dirancangkan.mereka iaitu Abg Mat Deri dan Abg Enit menyertai kami membersihkan lorong-lorong kampung. Setelah berkumpul dimasjid kami sepakat membersihkan masjid melaksanakan program yang diatur oleh pengurusan masjid.