SELAMAT PENGANTIN BARU SAFUAN & ISTERI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Bahan-bahan:
3 cawan kacang ijo (digoren tanpa minyak,dibuang kulit dan diblender halus,diayak)
1 cawan gula (diblender halus)
1 cawan tepung pulut (digoreng hingga kekuningan)
Sedikit tepung pulut untuk salutan
Cara membuat:
- Campokan sobok kacang ijo,gule, dan tepung pulut yang dh kome goren td
- Tekan dalam loyang sampai mampat (macam putu kacang)
- Dengan hati2 jangan selewen kerat dengan piso bentuk pat segi
- Pastu cmpokan tepung pulut yang sikit tadi dgn ayo (pekat dia mcm nk buat salut goren pisang tu)
- panaskan minyak, salutkan sobok yang dh bentuk pat segi td dengan bancuhan tepung pulut
- Tojonkan dalam minyak yang panas tadi..
- Goren hingga masak dan toskan.
Resepi ni telah dihantar oleh Norhanil Hekmah bt. Rosli ke email aabk untuk individu2 atau kumpulan2 yang ingin mencuba koi nih..
Bahan-bahan mesti disediakan seperti di dalam gambar sebelah.
Periuk atau poyok, jangan lupa mesti ada.
Masuk semua aweh2 dalam poyok tadi
Kaco macam kindai kaco..cara lain dilarang sama sekali! Dilarang keras.
susun tuang
tutup anto
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT…SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK…SECARA SENGAJA MAHUPUN TIDAK…BERBAKTI UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT
SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING
Maaf kerana lambat menyajikan photo-photo pada kome semua. Ini antara gambar-gambar yang diambil sebelum, semasa dan selepas pertandingan tersebut.
Memberkati Majlis
Perasmian
Pemenang Pertandingan
Ragam
nak gambar lagi klik nih --> Drop Box |
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini adalah anjuaran Persatuan Anak-Anak Bendang Kering.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Kampung Bendang Kering sahaja.(SEBARANG PINDAAN HANYA BOLEH DI BUAT OLEH PENGANJUR SAHAJA)
3. Hadiah pertandingan hanya di berikan kepada tangkapan terberat, hadiah tempat pertama hingga ketiga.Tangkapan unik (Akan di tentukan oleh pengadil semasa pertandingan) hadiah hanya untuk satu pemenang sahaja.
4. Semua Peserta juga layak memenangi cabutan bertuah mengikut nombor tex yang akan di pasang pada joran.
5. Yuran sebanyak RM 5.00 bagi satu joran maksimum joran yang boleh di gunakan hanya dua sahaja.
6. Umpan bebas, mata pancing juga bebas.
7. Pertandingan akan bermula tepat pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang
8. Semua perseta tidak dibenarkan mendarat ke pulau sebelum waktu yang ditetapkan dan meminta berkumpul di jeti Kampun Bendang Kering pada pukul 9.30 bagi tujuan pemasangan tex ke atas Joran.
9. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar syarat-syarat penggunaan joran.
10. Segala bantahan hendaklah dibuat dalam borang rasmi dengan mengemukakan wang Rm 50.00
kepada penganjur 15 minit sebelum keputusan rasmi diumumkan. Wang cagaran tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
11. Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.
12. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan
13. Semua ikan yang dipertandingkan tidak boleh dituntut selepas acara berakhir.
14. Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran ibubapa dan penjaga.
15. Pembayaran hendaklah dibayar secara tunai kepada Urusetia Pertandingan
16. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kecelakaan, kehilangan harta
benda atau musibah yang melanda para peserta sebelum, semasa dan selepas berlakunya
pertandingan.
........................................................................POTONG DISINI......................................................................
Borang Penyertaan:
NAMA :..................................................................................................................
NO KAD PENGENALAN :.................................................................................
NO TEL:.........................................................................
ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DI ATAS:..........................................
JUMLAH JORAN : 1( ) RM 5.00 2 ( ) RM 10.00
Saya bagi pihak diri saya dan juga waris saya tidak akan menuntut apa-apa ganti rugi daripada pihak penganjur dan Saya akan bertanggungjawab terhadap apa jua kecelakaan, kehilangan harta benda atau musibah yang melanda para peserta sebelum, semasa dan selepas berlakunya pertandingan.
........................................................... Tarikh:...........................................
( )
GOTONG ROYONG DAN PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KAMPUNG BENDANG KERING
JAJA adik kepada En Yeop Nordin telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi
Jenazah akan dikebumikan di Perlop.
Semoga rohnya dicucuri rahmat…Al-Fatihah
Takziah di ucapkan kepada balu Pak Lee (kedai) sekeluarga diatas pemergian RAMLI BIN ALANG MUDA pada jam 7malam 19 JULAI 2009
Jenazah telah dikebumikan pada pagi tadi jam 11pagi berhampiran tanah wakaf sebelah masjid
Semoga rohnya dicucuri rahmat…
AL-FATIHAH
TAHALIL DAN BBQ AJURAN SAUDARA ZULKAFRI (KEPALA)
MASE : LEPAEH ASOR
TEMPAT : PADANG MCKK KUALA KANGSAR
RESULT : AWANA FC 2 BENDANG KERING FC 3
GOL DI JARINGKAN OLEH : SAUDARA ROSLI ZAMRI (OBO)
SAUDARA IZHAN YEOP NORDIN (AN KECIK)
SAUDARA FAIZI AZMI (IJI)
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMAIN DAN PARA PENYOKONG YANG TELAH MENUNJUKAN KOMITMEN DALAM SEMUA BIDANG TERUTAMA BERKAITAN KAMPUNG BENDANG KERING.
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA ZULKAFRI MD GHANI YANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBANGAN TERUTAMA HALAMAN RUMAH YANG MENJADI LOKASI JAMUAN MERAIKAN PARA PEMAIN.
KAMI AJK PERSATUAN MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.
INSYAALLAH.. GAMBAR AKAN DI MUAT TURUN UNTUK TATAPAN SEMUA.
- kome nak masukkan bahan dalam blog?
- kome nak post kan sesuatu dalam blog nih?
- tapi tak tawu nak buat camne?
Kepada semua yang berkenaan, bolehlah emailkan gambar/video dan sedikit info tentang gambar/video tersebut kepada
email: anakbendangkering@gmail.com
untuk dimasukkan oleh Contributors dalam blog ini.
Camne nak emailkan gambar/video? Dah buat email? jika belum sila rujuk disini ---> klik sinih
Nak anto gambo/video kat aabk? ikut cam dalam video ni..
- langkah ikut dalam video tapi tang nak masukkan gambo/video kome kena klik kat attach a file.
- Pastu cari gambo/video kome letak kat mana.
- Pastu tekan ok.
- Kome bior kan dulu bende 2 abis upload baru tekan butang sent.
Tang mana tak paham nanti tanya k
TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AHLI AABK IAITU ZULKAPLI dan PASANGANNYA SARIAH
Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnyaPadang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersandingBunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasanBunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu seleraSelendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya