walimatulurus

(Tarikh) Thursday, December 17, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
assalamualaikum............

kepada yang melayari blog aabk ini saya ingin menjemput ke majlis perkahwinan abg saya iaitu Ahmad Farid bin Aabdul Khalid.tarikh 27 /12/2009-ahad.tempat-rumah saya 51,kg bendang kering k.kangsar. di jemput datang seisi keluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU SAFUAN & ISTERI

(Tarikh) Saturday, December 5, 2009 (Penulis) AABK (Label)
Posted by Picasa

GAMBAR PENUH

SLIDESHOW

gambar2 disumbangkan oleh en fairus

NEW LOOK!

(Tarikh) Wednesday, November 11, 2009 (Penulis) AABK (Label)

HARAP2 KOME SUKE...SLMT BERBLOG!

ScreenShot018ScreenShot019

SALAM AIDILFITRI DARI AABK

(Tarikh) Monday, September 21, 2009 (Penulis) AABK (Label)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KOI PENGANAN PULO

(Tarikh) Friday, September 18, 2009 (Penulis) AABK (Label)

Bahan-bahan:

3 cawan kacang ijo (digoren tanpa minyak,dibuang kulit dan diblender halus,diayak)
1 cawan gula (diblender halus)
1 cawan tepung pulut (digoreng hingga kekuningan)
Sedikit tepung pulut untuk salutan

Cara membuat:

  1. Campokan sobok kacang ijo,gule, dan tepung pulut yang dh kome goren td
  2. Tekan dalam loyang sampai mampat (macam putu kacang)
  3. Dengan hati2 jangan selewen kerat dengan piso bentuk pat segi
  4. Pastu cmpokan tepung pulut yang sikit tadi dgn ayo (pekat dia mcm nk buat salut goren pisang tu)
  5. panaskan minyak, salutkan sobok yang dh bentuk pat segi td dengan bancuhan tepung pulut
  6. Tojonkan dalam minyak yang panas tadi..
  7. Goren hingga masak dan toskan.

Resepi ni telah dihantar oleh Norhanil Hekmah bt. Rosli ke email aabk untuk individu2 atau kumpulan2 yang ingin mencuba koi nih..

IKAN PATIN

(Tarikh) Sunday, September 13, 2009 (Penulis) AABK (Label)

Abg ajam dapat ikan patin petang tadi dgn Kiri. Rezeki bulan puasa

DSC00150

THE MAKING OF BUBUR LAMBUK…

(Tarikh) Thursday, September 3, 2009 (Penulis) AABK (Label)

P8300762

 

 

 

Bahan-bahan mesti disediakan seperti di dalam gambar sebelah.

 

 

P8300763

 

 

 

Periuk atau poyok, jangan lupa mesti ada.

 

 

P8300769

 

 

 

 

Masuk semua aweh2 dalam poyok tadi

 

  P8300775

 

 

 

Kaco macam kindai kaco..cara lain dilarang sama sekali! Dilarang keras.

 

 

P8300782P8300791

                                    susun                                                      tuang

P8300802P8300810

                               tutup                                                       anto

P8300805TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT…SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK…SECARA SENGAJA MAHUPUN TIDAK…BERBAKTI UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT

SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING

(Tarikh) Wednesday, September 2, 2009 (Penulis) AABK (Label)

Maaf kerana lambat menyajikan photo-photo pada kome semua. Ini antara gambar-gambar yang diambil sebelum, semasa dan selepas pertandingan tersebut.

P8160714

Memberkati Majlis

P8160695

Perasmian

P8160716

Pemenang Pertandingan

P8160738P8160737P8160736

Ragam

nak gambar lagi klik nih --> Drop Box

BUBUR LAMBUK

(Tarikh) Wednesday, August 26, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
KEPADA SEMUA YANG MELAYARI BLOG AABK YANG INGIN MENYERTAI DAN MENDERMA BAGI MENJAYAKAN MENYEDIKAN JUADAH BUBUR LAMBUK UNTUK DIBERIKAN KEPADA SEMUA PENDUDUK KG. BENDANG KERING BOLEH MENGHUBUNGI T. PENGERUSI& S.U

TARIKH : 30 OGOS 09

TEMPAT MENYEDIKAN : GERAI KITA (KEDAI SADAT)

HARAP MAKLUM.....

(Tarikh) Monday, August 3, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)

syarat pertandingan

(Tarikh) (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini adalah anjuaran Persatuan Anak-Anak Bendang Kering.

2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Kampung Bendang Kering sahaja.(SEBARANG PINDAAN HANYA BOLEH DI BUAT OLEH PENGANJUR SAHAJA)

3. Hadiah pertandingan hanya di berikan kepada tangkapan terberat, hadiah tempat pertama hingga ketiga.Tangkapan unik (Akan di tentukan oleh pengadil semasa pertandingan) hadiah hanya untuk satu pemenang sahaja.

4. Semua Peserta juga layak memenangi cabutan bertuah mengikut nombor tex yang akan di pasang pada joran.

5. Yuran sebanyak RM 5.00 bagi satu joran maksimum joran yang boleh di gunakan hanya dua sahaja.

6. Umpan bebas, mata pancing juga bebas.

7. Pertandingan akan bermula tepat pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang

8. Semua perseta tidak dibenarkan mendarat ke pulau sebelum waktu yang ditetapkan dan meminta berkumpul di jeti Kampun Bendang Kering pada pukul 9.30 bagi tujuan pemasangan tex ke atas Joran.

9. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar syarat-syarat penggunaan joran.

10. Segala bantahan hendaklah dibuat dalam borang rasmi dengan mengemukakan wang Rm 50.00

kepada penganjur 15 minit sebelum keputusan rasmi diumumkan. Wang cagaran tidak akan

dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

11. Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.

12. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan

13. Semua ikan yang dipertandingkan tidak boleh dituntut selepas acara berakhir.

14. Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran ibubapa dan penjaga.

15. Pembayaran hendaklah dibayar secara tunai kepada Urusetia Pertandingan

16. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kecelakaan, kehilangan harta

benda atau musibah yang melanda para peserta sebelum, semasa dan selepas berlakunya

pertandingan.

........................................................................POTONG DISINI......................................................................

Borang Penyertaan:

NAMA :..................................................................................................................

NO KAD PENGENALAN :.................................................................................

NO TEL:.........................................................................

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DI ATAS:..........................................

JUMLAH JORAN : 1( ) RM 5.00 2 ( ) RM 10.00

Saya bagi pihak diri saya dan juga waris saya tidak akan menuntut apa-apa ganti rugi daripada pihak penganjur dan Saya akan bertanggungjawab terhadap apa jua kecelakaan, kehilangan harta benda atau musibah yang melanda para peserta sebelum, semasa dan selepas berlakunya pertandingan.

........................................................... Tarikh:...........................................

( )

RAMADHAN SEMAKIN TERASA......

(Tarikh) Friday, July 31, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
KEPADA SEMUA YANG MELAYARI BLOG AABK SILA HANTARKAN IDEA ATAU CADANGAN KEPADA KAMI AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN DAN MORE, ANDA
BOLEH MENGUBUNGI SEMUA AJK AABK ATAU MEMBERIKAN KOMEN DI RUANG SHOUT MIX CHAT YANG TERDAPAT DI SEBELAH KANAN BLOG. SEBARANG IDEA DAN KOMEN AKAN DI NILAI OLEH AJK BAGI MEMERIAHKAN BULAN RAMADHAN AKAN DATANG.

TERIMA KASIH..
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PULAU KAMPUNG BENDANG KERING

TARIKH : 8 DAN 9 / 08 / 09

MASA : 3.30 PETANG

DI HARAP DATANG BERAMAI - RAMAI


_______________________________________________________________

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP

TEMPAT: PULAU KAMPUNG BENDANG KERING

TARIKH : 16/08/09 BERSAMAAN HARI AHAD

MASA : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG

PENYERTAAN : RM 5.00 SAHAJA


SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENHUBUNGI SAUDARA MUAZAM SHAH DAN SAUDARA HILAL. BORANG PENYERTAAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DI TETAPKAN OLEH PENGANJUR, DI BUKA SEKARANG.

AL-FATIHAH

(Tarikh) Thursday, July 30, 2009 (Penulis) AABK (Label)

JAJA adik kepada En Yeop Nordin telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi

Jenazah akan dikebumikan di Perlop.

Semoga rohnya dicucuri rahmat…Al-Fatihah

AL-FATIHAH

(Tarikh) Monday, July 20, 2009 (Penulis) AABK (Label)

Takziah di ucapkan kepada balu Pak Lee (kedai) sekeluarga diatas pemergian RAMLI BIN ALANG MUDA pada jam 7malam 19 JULAI 2009

Jenazah telah dikebumikan pada pagi tadi jam 11pagi berhampiran tanah wakaf sebelah masjid

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

AL-FATIHAH

TAHALIL DAN BBQ AJURAN SAUDARA ZULKAFRI (KEPALA)

(Tarikh) Monday, July 6, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
JEMPUTAN KEPADA SELURUH WARGA AABK DAN JUGA SESIAPA YANG MELAYARI BLOG AABK PADA:

HARI:SABTU
TARIKH:11 JULY 2009
TEMPAT: PERKARANGAN RUMAH SAUDARA ZULKAFRI
MASA:9.00 MALAM

PENASIHAT AABK DI SHANGHAI

(Tarikh) Tuesday, June 23, 2009 (Penulis) AABK (Label)
 

DSC_0535

 

KYO_1180

ABG MAN BSAMA DYMM SULTAN MIZAN (AGONG)

4 DARI KANAN

KYO_1195

SEKITAR PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

(Tarikh) Sunday, June 21, 2009 (Penulis) AABK (Label)
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN DAN JUGA PEMAIN-PEMAIN BKY FC YANG TELAH MEMENANGI PERLAWANAN PERSAHABATAN INI.

P6180403 P6180405 P6180402P6180398 P6180399


AWANA FC VS BENDANG KERING FC

(Tarikh) Friday, June 19, 2009 (Penulis) ralf_sun (Label)
TARIKH : 18 JUNE 2009

MASE : LEPAEH ASOR

TEMPAT : PADANG MCKK KUALA KANGSAR

RESULT : AWANA FC 2 BENDANG KERING FC 3

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK

(Tarikh) (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)
BKY F.C 3 AWANA GENTING F.C 2

GOL DI JARINGKAN OLEH : SAUDARA ROSLI ZAMRI (OBO)
SAUDARA IZHAN YEOP NORDIN (AN KECIK)
SAUDARA FAIZI AZMI (IJI)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMAIN DAN PARA PENYOKONG YANG TELAH MENUNJUKAN KOMITMEN DALAM SEMUA BIDANG TERUTAMA BERKAITAN KAMPUNG BENDANG KERING.

TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA ZULKAFRI MD GHANI YANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBANGAN TERUTAMA HALAMAN RUMAH YANG MENJADI LOKASI JAMUAN MERAIKAN PARA PEMAIN.

KAMI AJK PERSATUAN MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT SEBARANG KESALAHAN YANG TIDAK DAPAT DIELAKAN.

INSYAALLAH.. GAMBAR AKAN DI MUAT TURUN UNTUK TATAPAN SEMUA.

NAK MASUKKAN DALAM BLOG??

(Tarikh) Sunday, June 14, 2009 (Penulis) AABK (Label)
  • kome nak masukkan bahan dalam blog?
  • kome nak post kan sesuatu dalam blog nih?
  • tapi tak tawu nak buat camne?

Kepada semua yang berkenaan, bolehlah emailkan gambar/video dan sedikit info tentang gambar/video tersebut kepada

email: anakbendangkering@gmail.com

untuk dimasukkan oleh Contributors dalam blog ini.

Camne nak emailkan gambar/video? Dah buat email? jika belum sila rujuk disini ---> klik sinih

Nak anto gambo/video kat aabk? ikut cam dalam video ni..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. langkah ikut dalam video tapi tang nak masukkan gambo/video kome kena klik kat attach a file.
  2. Pastu cari gambo/video kome letak kat mana.
  3. Pastu tekan ok.
  4. Kome bior kan dulu bende 2 abis upload baru tekan butang sent.

Tang mana tak paham nanti tanya k

KEMBALI BERDUA

(Tarikh) Monday, June 8, 2009 (Penulis) AABK (Label)

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AHLI AABK IAITU ZULKAPLI dan PASANGANNYA SARIAH

P6010327P6010328P6010317P6010318P6010323P6010324

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

SEKITAR HARI KELUARGA AABK KALI PERTAMA

(Tarikh) Wednesday, June 3, 2009 (Penulis) hilaluddinkhalid (Label)



SEKITAR PERTANDINGAN REBUT KERUSI (WANITA)................................







SEKITAR PERTANDINGAN MEMBINA ISTANA PASIR........................

JUARA PERTANDINGAN KELUARGA YEOP ALIM

TEMPAT KEDUA KELUARGA ABG YANG (BIRAS RAHIM MELAKA)

GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN....................................................





LAIN-LAIN GAMBAR................................